Sila hubungi saya di talian 010.231.2157 untuk maklumat lanjut..

Aloe Vera Di Malaysia

Di Malaysia, penggunaan Aloe Vera sebagai bahan asas untuk rawatan dan penjagaan kecantikan sudah menjadi amalan semua pihak tidak kira bangsa, agama atau keturunan. Ini kerana sifat-sifat yang dimiliki oleh Aloe Vera itu sendiri diperakui oleh semua sejak turun temurun sebagai tumbuhan semulajadi yang memiliki terlalu banyak khasiat.

Lantaran itu, banyak syarikat swasta yang mengambil kesempatan di atas keberkesanan khasiat semulajadi Aloe Vera ini dengan mengkomersilkannya sebagai rangkaian barangan perawatan dan penjagaan tubuh badan. Bagaimanapun, perlu diingat tidak semua barangan yang ada di pasaran hari ini benar-benar menjanjikan keberkesanan seperti yang diharapkan. Ini kerana banyak pihak yang berminat untuk mengaut keuntungan semata-mata dan mengurangkan malah mengenepikan langsung ketulinan dan jumlah sebenar bahan asas tumbuhan Aloe Vera ini.

Menyedari hakikat itu, Supreme Marketing Concept (M) Sdn. Bhd. (SMC) berusaha menggunakan teknologi terkini dari Amerika Syarikat dan mendapatkan baka-baka Aloe Vera yang terbaik untuk dijadikan produk keluaran mereka yang dikenali sebagai Bio-Gen. SMC dengan kepakaran terkini telah berjaya mengekalkan ketulinan hampir 99% gel Aloe Vera untuk dijadikan jus terutamanya bagi merawat pelbagai masalah kesihatan

No comments:

Post a Comment